Perutusan Pengarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setinggi-tinggi rasa syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia nikmat iman dan Islam menjadikan diri yang kerdil ini terus diberi kesihatan untuk berbakti kepada keluarga dan masyarakat.

Sertu merupakan kaedah penyucian yang rata-rata muslim sudah ketahui yang merupakan fardhu kifayah kepada kita semua. Dengan arus kemodenan dan teknologi yang berkembang maju, kaedah penyucian ini haruslah dikembangkan sehingga diadaptasi keseluruh industri yang menjadikan salah satu kriteria dalam mendapatkan pengesahan persijilan halal bagi sesuatu produk atau barangan yang diperdagangkan. Demi untuk mendapatkan keyakinan kepada pengguna muslim yang lain bahkan menjamin sesuatu barangan itu bersih dan suci.

Dengan adanya kaedah pensijilan pengesahan sertu, pengguna dan syarikat industri akan mendapat manfaat yang berlipat ganda melalui informasi pengetahuan serta keyakinan pelanggan.

“Suci itu sebahagian daripada iman”, ayuhlah semua mengaplikasikan sertu dalam kehidupan seharian agar ibadah yang dijalankan seharian tidak terhalang daripada keredhaan ilahi.

Sekian, terima kasih

MOHD KHAIRUL AMRU BIN KHAMIS

Ketua Pegawai Eksekutif
Ansaa-Elcorp

Perkhidmatan Sertu Tahap Tiga – JPK

Latihan Tenaga Pengajar – JPK

Train The Trainer (TTT) Programme – HRDF