Misi, Visi & Objektif

MISI

Memastikan semua produk yang diberikan sijil sertu adalah suci diyakini dan halal mengikut lunas-lunas syarak..


VISI

Menjadi sebuah pusat perkhidmatan pensijilan sertu yang berwibawa dan diyakini diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.


OBJEKTIF

Memberi perkhidmatan pembersihan melalui kaedah penyucian dalam Islam yang bersih, suci dan diyakini

Maklumat Korporat

Sertu.com.my merupakan milik sepenuhnya Ansaa Marketing dan ditubuhkan sebagai medium memudahkan pengguna mendapatkan info pengetahuan berkenaan perkhidmatan sertu seiring dalam proses untuk mendapatkan pensijilan halal oleh pengguna. Pengguna bermanfaat untuk mengetahui dimana untuk mendapatkan perkhidmatan sertu selain menyemak status pensijilan sertu bagi sesuatu produk atau barangan yang pernah disertukan.

Ansaa Marketing berpengalaman mengendalikan perkhidmatan sertu secara profesional selama 5 tahun sejak 2015 berikutan permintaan yang tinggi oleh syarikat-syarikat perkapalan yang ingin mendapatkan pensijilan halal bagi barang perkakasan dan ruang logistik syarikat-syarikat tersebut. Justeru itu, Ansaa Marketing memperluaskan lagi jaringan hubungan dengan menjalinkan hubungan korporat bersama agensi-agensi jabatan agama negeri, dan syarikat-syarikat korporat.

Sehingga kini Ansaa Marketing telah mengendalikan perkhidmatan Sertu kepada lebih 50 syarikat yang rata-ratanya merupakan pelanggan tetap sepanjang penubuhan.

Hasrat kami ingin mengembangkan perkhidmatan sertu ini kepada lokaliti yang lebih khusus supaya pengguna mendapat keyakinan 100% apabila membeli dan menggunakan sesuatu barangan dan ruang logistik.

Sertu boleh diaplikasikan kepada perkara seperti di bawah:

  1. Rumah ibadah : Masjid, Surau,
  2. Premis Bangunan : Sekolah, kilang, rumah, bengkel, hotel, asrama
  3. Ruang Industri : Pejabat, pantri, loby, kantin , dapur, setor, ruang pameran
  4. Kenderaan : kereta, lori, kontena, kapal persiaran, kapal pengangkut, kapal terbang, motosikal
  5. Barang /perkakasan : peralatan memasak, alatan sukan , perabot, alatan pertanian dan lain-lain.

Kalendar

October 2020
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Login

Pengunjung

0010462