Isu Mutakhir

Feb 16,2016 Khidmat Samak Pelbagai Premis – BH TV

BERITA BH Online Rabu, 7 March 2018 | 8:25am

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/03/396576/jemaah-masjid-cedera-disondol-babi-hutan

Jemaah masjid cedera disondol babi hutan

JEMAAH Masjid Sungai Plong menghalau babi hutan yang mencerobohi masjid itu ketika mereka mahu menunaikan solat isyak, malam tadi. - Foto ihsan pembaca

SUNGAI BULOH: Seorang jemaah sedang menunggu waktu solat isyak, cedera disondol seekor babi hutan yang menceroboh ke dalam Masjid Sungai Plong di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam, babi hutan itu dikatakan tiba-tiba muncul di pekarangan masjid sebelum mengejar beberapa kanak-kanak berada di kawasan terbabit.

Bagaimanapun, haiwan itu kemudian lari masuk ke dalam masjid dan menyondol seorang jemaah sehingga cedera.

Menurut seorang jemaah yang tidak ingin dikenali, mereka yang terkejut dengan kejadian itu kemudian cuba menghalau haiwan berkenaan.

“Selepas lebih 30 minit, haiwan itu berjaya dihalau keluar ke pekarangan masjid.

“Namun, haiwan dipercayai cedera di kepala itu mengamuk dan menyondol seorang jemaah.

“Haiwan itu kemudian ditembak mati oleh seorang jemaah yang memiliki senapang patah,” katanya.

BABI hutan ditembak mati oleh seorang jemaah yang memiliki senapang patah (kiri). - Foto ihsan pembaca
BABI hutan ditembak mati oleh seorang jemaah yang memiliki senapang patah (kiri). – Foto ihsan pembaca

Katanya, jemaah masjid sudah memaklumkan perkara itu kepada polis.

“Jemaah masjid turut menghubungi pihak Jabatan Mufti Selangor bagi membantu menyelesaikan masalah berkenaan.

“Difahamkan, mereka akan hadir esok (hari ini) bagi membuat penilaian berkaitan masalah berkenaan,” katanya.

Katanya, jemaah masjid kemudian menunaikan solat seperti biasa di ruang sembahyang yang tidak terjejas.

Polis siasat restoran tawarkan sajian daging anjing Sabtu, 3 Ogos 2019 | 6:13pm

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/08/592244/polis-siasat-restoran-tawarkan-sajian-daging-anjing

Sebuah restoran di Kampung Baru, Broga dikesan menjalankan aktiviti menjual daging anjing kepada pelanggan. - Foto ihsan Polis

Sebuah restoran di Kampung Baru, Broga dikesan menjalankan aktiviti menjual daging anjing kepada pelanggan. – Foto ihsan Polis

Oleh Raja Noraina Raja Rahimbhnews@bh.com.myShareTweet

NILAI: Sebuah restoran di Kampung Baru berhampiran Broga di sini, dikesan menawarkan menu eksotik daripada daging anjing untuk pelanggannya yang membuat tempahan lebih awal.

Aktiviti jijik pemilik premis berkenaan bagaimanapun terbongkar selepas polis membuat pemeriksaan selepas menerima maklumat daripada orang awam, malam kelmarin.

Dalam pemeriksaan jam 4.30 petang itu, polis menemui beberapa ketul daging dipercayai daging anjing di dalam peti sejuk beku di bahagian dapur premis berkenaan.

Pemeriksaan mendapati pemilik restoran berkenaan mempunyai lesen menjual makanan eksotik dan mendakwa daging itu diambil dari luar negeri ini, dan hanya dijual kepada pelanggan membuat tempahan dipercayai bagi mengubati penyakit asma.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, polis menerima laporan mengenai penjualan daging anjing di restoran berkenaan lalu menjalankan pemeriksaan.

“Kita sudah menjalankan siasatan dan menyerahkan kes kepada jabatan berkaitan untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Sembilan, Wan Mat Wan Harun ketika dihubungi berkata, restoran itu memiliki lesen menjual makanan eksotik tetapi daging anjing tidak termasuk dalam senarai dibenarkan.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara itu.

Kalendar

October 2020
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Login

Pengunjung

0010462