Category Archives: Uncategorized

Selamat Menyambut Ramadhan 2020

Ramadan landscape background at sunset

Filled Under: Uncategorized Posted on: 18 April 2020

Stay at home Campaign

Kita Jaga Kita

Filled Under: Uncategorized Posted on: 17 April 2020

Hukum Melakukan Sertu/ Samak Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat

Tajuk:Hukum Melakukan Sertu/ Samak Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 25 pada 13 Syaaban 1435H/ 12 Jun 2014M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:

1.Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan sertu/ samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak.

Keterangan/Hujah: 

i. Masyarakat Islam di Malaysia mengamalkan mazhab Syafi’i dalam kebanyakan urusan peribadatannya. Oleh itu amalan sertu/ samak sebanyak tujuh kali yang salah satu daripadanya menggunakan tanah telah diterima pakai secara umum oleh masyarakat, sama ada untuk menyucikan najis mughallazah yang terkena pada badan, pakaian, rumah dan sebagainya.

Hadis Nabi S.A.W.:

“Bersihkanlah bekas makanan kamu yang dijilat anjing dengan tujuh kali basuhan dan yang pertama daripadanya dengan tanah”.

ii. Berdasarkan zahir hadis hukum menyamak dengan tanah pada tempat yang terkena najis mughallazah, Nabi Muhammad S.A.W. tidak memperincikan bentuk dan keadaan tanah yang boleh digunakan untuk menyucikan najis mughallazah. Ini seolah-olah menunjukkan semua jenis tanah yang ada di atas muka bumi ini boleh digunakan untuk menyamak. Imam Al-Sharbini menyebutkan semua jenis tanah sekalipun debu pasir. Tanah yang dicampur dengan benda asing tidaklah menjadi halangan asalkan ia tidak mengubah keaslian tanah dan suci.

iii. Dalam kehidupan yang moden pada hari ini, penemuan-penemuan baru yang masih berteraskan prinsip Islam seperti penciptaan sabun sertu/ samak wajar dihargai kerana tujuannya untuk memberi kemudahan kepada umat Islam di mana saja berada.

iv. Dari aspek tanah yang digunakan, Rasulullah S.A.W. tidak pernah menyatakan lapisan tanah yang ke berapa perlu digunakan kerana pada asasnya tanah atau pasir adalah suci.

v. Bagi umat Islam yang tinggal di luar negara dan mudah terdedah dengan najis-najis mughallazah, penggunaan sabun ini adalah satu alternatif kepada penggunaan tanah yang kadang-kadang sukar diperolehi.

vi. Walaupun sabun ini dibenarkan untuk tujuan sertu/ samak bagi menggantikan tanah, tetapi kaedah pelaksanaan sertu/ samak tersebut masih terikat dengan hukum syarak.

vii. Penggunaan sabun tersebut dibenarkan dengan syarat pada urufnya kandungan tanah melebihi daripada bahan-bahan yang lain.

2.Mesyuarat mencadangkan proses penentuan kandungan sama ada sabun tersebut boleh digunakan untuk tujuan sertu/ samak adalah dibawah kawalan Bahagian Halal dalam mengeluarkan sijil halal. Oleh itu pengusaha sabun tersebut hendaklah terlebih dahulu mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Agama Islam Sarawak.

Maklumat dipetik melalui sumber Jakim

http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/16026

Filled Under: Uncategorized Posted on: 17 April 2020

Perbezaan Samak & Sertu

SOALAN

Saya agak keliru dengan perkataan sertu atau samak. Apakah beza dua perkataan ini?

JAWAPAN

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Persoalan yang ditanyakan di atas adalah berkait dengan perintah Allah SWT yang memerintahkan hamba-hambanya untuk bersuci. Ini seperti mana firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ ۚ وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا ۚ وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ ۚ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَٰكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwudhu’lah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.

(Surah al-Maidah: 6)

Selain itu, kebersihan ini turut ditekankan di dalam hadith:

إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ يُحِبُّ الطَّيِّبَ ، نَظِيفٌ يُحِبُّ النَّظَافَةَ ، كَرِيمٌ يُحِبُّ الكَرَمَ ، جَوَادٌ يُحِبُّ الجُودَ ، فَنَظِّفُوا ، أُرَاهُ قَالَ ، أَفْنِيَتَكُمْ وَلاَ تَشَبَّهُوا بِاليَهُودِ

MaksudnyaSesungguhnya Allah SWT itu baik, Dia menyukai kebaikan. Allah itu bersih, Dia menyukai kebersihan. Allah itu mulia, Dia menyukai kemuliaan. Allah itu dermawan ia menyukai kedermawanan maka bersihkanlah olehmu tempat-tempatmu dan janganlah kamu menyerupai kaum Yahudi.

Riwayat al-Tirmizi (2799)

Oleh itu, antara kaedah untuk membersihkan sesuatu adalah dengan kaedah samak atau sertu. Kedua-dua perkataan ini perlu diperhalusi daripada sudut bahasa dan penggunaanya dalam istilah fiqh.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat[1], sertu ialah menyucikan mana-mana bahagian badan yang terkena najis mughallazah (anjing dan babi) dengan air bercampur tanah sekali dan air mutlak enam kali, menyamak.

Manakala, samak pula mempunyai beberapa makna. Antaranya ialah bahan zat yg digunakan untuk memasak serta mewarnai kulit binatang, membersihkan najis mughallazah dengan air tanah sekali dan air mutlak enam kali, sejenis tumbuhan yang digunakan untuk menyamak kulit.

Maka, kekeliruan yang timbul berkemungkinan datang daripada takrifan sudut bahasa kerana menyamak juga mengandungi makna yang sama seperti sertu iaitu membersihkan najis mughalazah dengan air dan tanah.

Daripada sudut istilah ini, samak diambil daripada perkataan bahasa Arab, الدبغ yang bermaksud, kaedah menyucikan kulit haiwan yang boleh dimakan atau tidak, iaitu dengan menghilangkan darah, daging dan semua yang melekat pada kulit yang membusukkan jika tidak dibuang, dengan sesuatu alat yang tajam seperti tawas atau buah manjakani dan seumpamanya. Lihat Matla’ al-Badrain (25).

Bersertu pula adalah cara bersuci daripada najis mughalazah iaitu anjing dan khinzir dibasuh dengan air sebanyak tujuh kali dan salah satu padanya air tanah sama ada najis tersebut najis aini atau najis hukmi. Sama ada terkena pada pakaian, badan, atau tempat. Lihat al-Mujtaba fi Syarh Safinah al-Naja (69). Hal ini disebutkan di dalam hadith yang riwayatkan daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ، أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ

MaksudnyaSucinya bekas salah seorang dari kamu apabila seekor anjing menjilat padanya (bekas tersebut) adalah dengan cara kamu membasuhnya sebanyak tujuh kali, dan basuhan pertama bercampur dengan tanah.

Riwayat Muslim (279)

Untuk bacaan dan rujukan lebih lanjut tentang perihal samak dan sertu, serta cara-caranya, boleh didapati melalui artikel-artikel kami yang telah kami terbitkan sebelum ini. Antaranya:

  • Irsyad Al-Fatwa Siri Ke – 176: Jenis Dan Kaedah Tanah Samak[2]
  • Irsyad Al-Fatwa Siri Ke- 221 : Hukum Sertumenggunakan Sabun Taharah[3]

Kesimpulan

Berdasarkan apa yang kami nyatakan di atas, kami nyatakan bahawa kekeliruan yang timbul adalah kerana sebilangan masyarakat yang terkeliru dengan dua perkataan tersebut daripada sudut bahasa. Kekeliruan yang berlaku akan menyebabkan kesalahan kepada pengamalan seharian.

Semoga kita diberikan kefahaman yang baik oleh Allah SWT dalam hal-hal agama. Amin

[1] http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=samak

[2] https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/997-irsyad-al-fatwa-siri-ke-172-persoalan-berkaitan-samak?highlight=WyJzYW1hayIsInNlcnR1Il0=

[3] https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2365-irsyad-al-fatwa-siri-ke-221-hukum-sertu-menggunakan-sabun-taharah?highlight=WyJzYW1hayIsInNlcnR1Il0=

Maklumat di petik melalui Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3545-al-kafi-1316-beza-sertu-dengan-samak

Filled Under: Uncategorized Posted on: 16 April 2020

Kalendar

December 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Hitungan Pengunjung

0126523